WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THE BLOG!

Search the Web

Saturday, December 12, 2009

50,000 rumah terbengkalai seluruh negara


Azamin Amin | KUALA LUMPUR, harakahdaily  

: Parlimen diberitahu hari ini bahawa sejumlah 31,824 pembeli menjadi 'mangsa' kepada 148 projek yang melibatkan 49,913 bilangan rumah terbengkalai sejak 1990 sehingga 30 September tahun ini.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato' Seri Kong Cho Ha (BN-Lumut)berkata daripada jumlah itu, hanya 12 projek telah berjaya disiapkan dengan Sijil Layak Menduduki (CF).

Manakala sejumlah 49 projek dalam proses pemulihan oleh pemaju penyelamat dan pemaju asal dan 87 projek lagi masih terbengkalai dan dalam usaha mendapatkan pemaju penyelamat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah projek perumahan yang terbengkalai dan langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini khususnya bagi melindungi hak dan nasib pembeli.

Sementara itu Hajjah Siti Zailah Yusof (PAS Rantau Panjang) dalam soalan tambahannya mahu tahu punca projek tersebut terbengkalai kerana ianya melibatkan nasib rakyat yang berpendapatan rendah yang menanggung beban atas masalah tersebut.

Kong menjelaskan bahawa antara puncanya ialah disebabkan masalah kewangan dan nilai mata wang yang menjejaskan projek terbabit.

Sebelum itu, Kong memberitahu bahawa Kementeriannya telah diperuntukkan sejumlah RM200 juta oleh kerajaan melalui pengumuman bajet 2010 untuk memulihkan projek yang terbengkalai kos rendah dan sederhana.

Selain itu, sebagai inisiatif untuk mengelakkan projek perumahan daripada terbengkalai, Kementeriannya sedang mengambil langkah pro-aktif antaranya meningkatkan jumlah deposit pemaju perumahan.

Ini termasuk juga pindaan kepada jadual bayaran kemajuan (progress payment) mengikut Perjanjian Jual dan BEli (S&P).

"Pindaan ini bertujuan mengelak pemaju mengaut keuntungan di awal pembangunan projek yang boleh menyebabkan projek terbengkalai," katanya di Dewan Rakyat.




Barcelo Hotels & Resorts Canary Islands