WELCOME :: MAIN MENU MOVED TO THE BOTTOM OF THE BLOG!

Search the Web

Tuesday, August 20, 2013

Siapa pengawal duit kita di bank?

Mohammad Faizal Che Yusof,13 Ogs 2013

SETELAH beberapa hari berlalunya Syawal, kanak-kanaklah antara mereka yang paling gembira. Apa tidaknya. Syawal yang telah memasuki hari keenam pada hari ini tentunya mendatangkan rasa riang kepada mereka bila duit raya yang diperolehi dikira berulang kali menandakan senangnya rasa hati.

Kini anak-anak berkira-kira pula untuk membeli itu dan ini dan tidak kurang juga memujuk ibu ayah membawa mereka ke mana-mana institusi kewangan untuk mereka sendiri pergi menambah tabungan yang sedia ada. Nah, biarpun berulang kali masuk dan keluar bank, tentu ramai dari kita tidak pernah terfikir rahsia di sebalik duit tunai yang disimpan di bank-bank atau mana-mana institusi kewangan. Apa yang difahami umum, kita akan menyimpan bila ada lebihan dan mengeluarkannya bila ada keperluan.

Dalam sistem kewangan dan perbankan hari ini, mana-mana negara termasuklah Malaysia tertakluk pada satu dasar kewangan dan perbankan yang telah dipersetujui seluruh dunia. Timbullah persoalan, adakah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia itu merupakan pembuat dasar sebenar kewangan di peringkat antarabangsa? Dengan kata-kata lain, adakah kedua-dua ini bersifat bank pusat kepada dunia? 

Sering kali kita dengar bahawa apa saja projek mega, dua institusi diatasl akan menjadi buah bicara sebagai pembiaya. Projek itu dibiaya IMF, projek ini dibiaya oleh Bank Dunia dan ada juga kata-kata "kita terhimpit atau dianiayai dengan dasar kewangan dan perbankan oleh kedua-dua institusi ini".

Dakwaan-dakwaan terbabit seterusnya mendorong kepada kefahaman bahawa IMF dan Bank Dunia adalah bank pusat kepada dunia.
Barcelo Hotels & Resorts Canary Islands